Tuesday, January 6, 2009

Pelanggan Pertama

Soi Lek, seorang doktor muda, baru saja berhenti dari jadi doktor kerajaan di daerah terpencil di Negeri Pahat Batu. Dia baru buka klinik swasta. Senangnya hati Soi Lek menjalani hari pertamanya sebagai doktor swasta.

Pembantunya yang cantik, Sek Hin, memberitahu bahawa ada seorang lelaki ingin menemuinya.

"Wah, seronoknya aku dapat pesakit pertama..." hatinya menjerit,

Soi Lek pun meminta pembantunya mempersilakan laki-laki itu masuk. Soi Lek pun pura-pura sibuk. Dia mengangkat telefon dan pura-pura sedang online.

"Ya, ya, betul tu Datuk. Kosnya RM150 ribu. Ok, Ok, saya tunggu Datuk pukul 4 petang nanti. Jangan lupa tau Datuk, maklumlah sebagai doktor, saya ini memang amat sibuk, jarang ada masa terluang.." kata Soi Lek selamba, dia pura-pura buat temu janji dengan 'pesakitnya' seorang Datuk, melalui telefon.

Dengan megah dia meletakkan gagang telefon lalu menatap wajah lelaki yang duduk di hadapannya.

"Maaf kerana saya menyebabkan encik lama menunggu. Encik sakit apa?" tanya Soi Lek dengan gaya seorang doktor.

"Oh... Saya takde sakit, doktor.." kata lelaki itu.

"Saya pekerja dari Telekom, nak pasang line telefon di klinik doktor.."

------

MORAL: Buatlah kerja dengan ikhlas dan jangan berlagak nak menipu orang lain untuk tujuan kepentingan peribadi.

No comments: