Friday, March 20, 2009

Diana Danielle,PLKN, dan ????


Em seminggu berlalu dengan kisah kejayaan Nik Musliha, kini masyarakat kita kembali membincangkan isu sensassi, atau kembali kepada norma kehidupan masyarakat hadhari. Saya ingin sedikit berkongsi pendapat atau pandangan mengapa apabila Diana masu PLKN, perlu diberikan liputan yang meluas, malah mahu di dokumentasikan? Siapa Diana sehingga ingin diberikan liputan begitu meluas?

Pendapat saya ialah dia (tidak layak untuk diberikan gelaran beliau), sebagai ikon kepada program PLKN. Sebagai satu wacana untuk mengambarkan ketelusan pemilihan PLKN, keberkesanan program ini kepada remaja kini.Sememangnya kita tiadak mempertikaikan PLKN ini tetapi mengapa mesti Diana? Alif? SuKi?. Persoalanya adakah mereka layak? selepas beberapa kali meminta untuk di tunda kemasukkan mereka?





Saya sebenarnya sudah jelik dengan masyarakat hari ni yang terlalu mengagungkan artis dan ahli politik. Media sentiasa memaparkan kehebatan serta gosip (atau dalam istilah sebenarnya fitnah) golongan ini. Bukalah televisyen pada hari ini, pastinya tidak lain yang memenuhi ruang siaran 24 jam dengan hiburan.

Sewajarnya pada saya kita mengambil individu yang lebih berjaya untuk di jadikan ikon kepada remaja. Masih ramai lagi remaja yang lebih berjaya daripada mereka ini, ahli sukan, remaja malaysia lain yang lebih baik akhlak dan perlakuaannya daripada golongan remaja artis ini. Individu seperti inilah yang sewajarnmya di tonjolkan, bukan di sebaliknya.

Monday, March 16, 2009

Man U di belasah di tempat sendiri?

Sehari sebelum,




Rekod perlawanan jelas memihak kepada Man U, apatah lagi bermain di Old Trafford



4-1 jelas menceritakan segalanya, ha3, to all Man u fan (especially to Faizal Bt 2), it just happen, suuuuiiiiihhh, did`t u hear something, wind of change

Dari Parang Puting Ke Manchester


Keputusan SPM masih panas lagi, menjadi isu utama di dada akhbar. Di sebalik peningkatan yang baik,serta peratusan yang semakin meningkat, jelas menunjukkan dasar pendidikan, pelan induk pembangunan pedidikan(PIPP) semakin berjaya. Namun apa yang menarik ialah berkenaan dengan isu keputusan SPM tentulah kejayaan seorang anak nelayan dengan keputusan 20A.Seluruh Malaysia pasti mengikuti perkembangan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal.

Apa yang menarik perhatiaan umum tentulah tentang kejayaan dan kehidupan adik Nik,namun jelas disebalik kejayaan ini tercoret kisah yang begitu memberi makna erti kehidupan, kesungguhan dalam menuntut ilmu.Bagaimana Nik bersekolah dengan hanya belanja wang yang cukup untul tambang bas sahaja, keinginan tinggal di asrama yang di halang kerana ketidak mampuaan untuk menyediakan yuran RM 200 sebulan. Lebih menyedihkan adik Nik terpaksa berpuasa kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi. Kisah adik Nik sememangnya menjadi tauladan yang begitu berguna bagi adik-adik di luar sana. Bagaimana tanpa kelas tuisyen, keperluaan yang tidak mencukupi, namun beliau mengorak langkah yang begitu hebat menzahirkan dengan kejayaan yang begitu gemilang.

Namun di kesempatan ini, ingin juga menyentuh bagaimana selepas kejayaan Nik bertali arus bantuaan yang datang kepada adik Nik. Baik daripada individu (ahli perniagaan, ahli politik, tokoh koperat), mahupun agensi-agensi tertentu (Mara, Petronas, Bank Negara) dan sebagainya beratur memberi sumbagan kepadanya. Iklim ini dari satu sudut menberik gambaran yang baik namun dari satu sudut yang lain, mengapa selepas pahit maung yang dilalui oleh adik Nik baru pihak-pihak ini melihatnya? Sebenarnya lebih ada ramai lagi yang menghadapi keadaan kehidupan seperti adik Nik, dan tidak semuanya berjaya untuk survivor seperti adik NIk. Masih ramai di luar sana yang memerlukan bantuaan seperti adik Nik. Sekiranya kita melihat dengan lebih awal lagi, serta cuba menghulurkan bantuan sebagaimana pelajar 20A ini, saya yakin lebih ramai lagi insan yang berjaya seperti beliau dapat dilahirkan.

Kini segalanya berubah, bagi Nik Musliha beliau akan memasuki keperingkat yang lebih tinggi lagi. Dengan bantuaan serta tajaan, cita-citanya pastinya lebih cerah lagi. terkini beliau masih menimbangkan tawaran yang datang, mungkinkah ke Manchester?

Sunday, March 8, 2009

Happy Women Day`s

Hari seluruh dunia menyambut Hari Wanita Sedunia.
Saya tidak menafikan bahawa peranan wanita sangat penting dalam kehidupan kita. Tanpa wanita yang dikenali sebagai ibu, kita tidak akan berada dimuka bumi ini.
Kecekalan dan kegigihan mereka membesarkan kita tidak ada tolok bandingnya. Sebab itu selain mendoakan mereka setiap hari, Rasulullah juga menegaskan bahawa ketaatan kepada ibu itu 3 kali ganda daripada kepada seorang ayah. Malahan syurga kita letaknya dibawah tapak kaki ibu kita.
Ramai tokoh-tokoh wanita muncul dipersada pentas dunia samada sebagai penggerak masyarakat atau pendokong yang kental.
Kita tidak lupa contohnya peranan Khadijah r.a., Aisyah r.a dll yang menjadi tunggak kepada perjuangan Rasulullah.
Kita juga tidak lupa tokoh-tokoh dunia saperti Indira Gandhi, Margaret Thatcher dan lain-lain.
Tidak lupa khususnya kepada ibu saya Ku Hazizah Ku Shaari yang begitu tinggi keyakinan kepada saya dan selalu mendoakan untuk saya. Buat kakak saya, kakak ipar yang begitu banyak memberikan sokongan dan dorongan. buat tunang yang tercinta, moga kita akan mencapai keabahagian yang berpanjangan kelak. Buat guru-guru dan teman sepejuangan yang telah banyak menabur budi dan jasa, dah akhir sekali buat anak didik perempuan sekalian selamat hari wanita. and again to all the woman, Selamat Menyambut Hari Wanita.. Happy Women's Day..

Maulidur Rasul 1430 Hijrah

Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Rasulullah SAW bersabda: "Siapa menghormati hari lahirku, tentu aku berikan syafa'at kepadanya di Hari Kiamat." Sahabat Umar bin Khattab secara bersemangat mengatakan: “Siapa yang menghormati hari lahir rasulullah sama artinya dengan menghidupkan Islam!”




(Chorus)
Ya Nabi Salamualaika
Ya Rasul Salamualaika
Ya Habib Salamualaika
Solawatullah Alaika

(Chorus)

Ya Rasul Kau Bawa Cahaya
Menyinari Alam Buana
Bumi Tandus Subur Kembali
Rasa Gembira Di Hati

(Chorus)

Lahir Mu Membawa Rahmat
Memimpin Ke Jalan Selamat
Akhlak Mu Yang Sungguh Memikat
[ Cahaya Selawat found on www.lirik.tv ]
Contoh Buat Seluruh Umat

Ya Nabi Salamualaika
Ya Rasul Salamualaika
Ya Habib Salamualaika
Solawatullah Alaika.....

Mulianya Pengorbanan Mu
Kebaikan Yang Kau Seru(2x)
Biarpun Halangan Menimpa
Namun Diri Mu Tetap Tabah(2x)

(Chorus)

Ya Muhammad Yang Berjasa
Quran Dan Sunnahlah Pusaka
Menjadi Panduan Manuasia
Untuk Hidup Aman Sentosa


Buat adik2 yang ingin menjadi doktor.....

Modal insan adalah merupakan aset negara yang paling berharga. Justeru, Kerajaan sentiasa mempergiatkan usaha-usaha yang berterusan untuk menghasilkan modal insan yang berkualiti. Penajaan biasiswa bagi para pelajar untuk melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara adalah merupakan salah satu inisiatif yang perlu diteruskan. Ini merupakan pelaburan jangka panjang yang hasilnya bakal dinikmati apabila mereka pulang berkhidmat dan seterusnya menjamin kesinambungan keupayaan negara di masa akan datang.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan melaksanakan Program Ijazah Luar Negara (PILN) bagi tahun 2009 untuk pelajar cemerlang lepasan SPM 2008 mengikuti pengajian di universiti luar negara dalam bidang-bidang kritikal (Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Sains Perubatan Veterinar), Kejuruteraan, Sains & Teknologi serta bidang Sains Sosial yang diperlukan oleh perkhidmatan awam dan negara. Jumlah keseluruhan bilangan biasiswa yang disediakan bagi tahun 2009 adalah 2,000.

Setiap tahun PILN menjadi tumpuan banyak pihak sehingga mewujudkan pergantungan harapan yang tinggi terutamanya di kalangan calon dan juga ibu bapa. Pada tahun 2008, misalnya, JPA telah menerima sebanyak 15,220 permohonan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 7,282 permohonan memenuhi syarat minimum yang ditetapkan sedangkan bilangan biasiswa yang ditawarkan adalah terhad iaitu sebanyak 2,000 sahaja.

Bidang pengajian yang menerima permohonan terbanyak ialah Perubatan, manakala, negara pengajian yang menjadi pilihan utama calon ialah United Kingdom, Australia dan New Zealand. Walau bagaimanapun, semua permohonan tidak boleh dipenuhi kerana tertakluk kepada kekangan kuota pelajar asing bagi bidang perubatan di universiti luar negara.

Berdasarkan pengalaman lalu, bilangan permohonan bagi tahun 2009 dijangka akan meningkat di kalangan calon yang cemerlang. Namun bilangan biasiswa yang terhad akan menjadikan PILN terus kompetitif. JPA, dengan ini, menasihatkan agar calon serta ibu bapa menerima hakikat ini dan berusaha untuk menimbangkan sumber-sumber alternatif penajaan yang lain.

Menyedari persaingan yang kompetitif dalam PILN 2009, usaha penambahbaikan terhadap kriteria pemilihan telah dimantapkan meliputi pencapaian akademik, penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum, sosio-ekonomi (termasuk tanggungan keluarga) dan prestasi temuduga.

Mulai tahun ini, panel temu duga dilantik daripada pegawai-pegawai Kerajaan pelbagai profesion dan kaum mengikut bidang-bidang tajaan. Misalnya, pelajar-pelajar yang memilih bidang perubatan/kesihatan akan ditemu duga oleh pegawai perubatan/pergigian/ farmasi yang terdiri daripada pelbagai kaum. Satu jawatankuasa khas akan menyelia urusan temu duga bagi memastikan pelaksanaannya telus, adil dan saksama.

Temu duga akan dijalankan secara berkumpulan mengikut bidang-bidang pengajian (misalnya perubatan/pergigian/farmasi/perubatan veterinar, kejuruteraan, sains dan teknologi dan sains sosial). Setiap satu kumpulan terdiri daripada empat orang calon dalam kelompok yang sama dan calon-calon ini akan ditemu duga dan mengadakan perbincangan mengikut topik yang diberikan oleh panel dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, calon yang memohon untuk mengikuti program perubatan adalah diwajibkan menghadiri Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor. Program ini akan dilaksanakan selama lima hari mulai 23 hingga 27 Mac 2009 di 49 buah hospital-hospital Kerajaan yang telah dikenalpasti dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia. Aspek-aspek yang didedahkan adalah seperti keadaan dan tanggungjawab seorang doktor di Jabatan Kemalangan/Kecemasan, Jabatan Pesakit Luar, Jabatan Pembedahan/ O&G/Orthopedik, pengurusan di bilik mayat, on-call dan lain-lain yang bersesuaian.

Calon-calon yang berjaya ditawarkan penajaan PILN akan mengikuti kursus persediaan di pusat-pusat pengajian yang ditetapkan oleh JPA. Calon-calon diingatkan supaya mengekalkan tahap kecemerlangan mereka kerana penajaan ke universiti-universiti di luar negara hanya akan diteruskan ke atas mereka yang mencapai had kecemerlangan (cut-off point) yang ditetapkan, rekod kehadiran kelas melebihi 90 peratus dan tiada rekod disiplin.

Calon-calon yang tidak berjaya mendapat biasiswa di bawah PILN masih berpeluang untuk mendapat tajaan JPA di IPT tempatan yang diiktiraf termasuk kampus-kampus cawangan universiti luar negara di Malaysia (University of Nottingham, Monash University, Swinburne University of Technology dan Curtin University of Technology) dan AIMST University.

Permohonan Tajaan Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2009 Bagi Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2008

  1. Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 untuk mendapatkan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi mengikuti pengajian di bawah Program Ijazah Luar Negara tahun 2009.
  2. Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi atas talian (on-line application) melalui laman web http://www.jpa.gov.my mulai tarikh keputusan SPM 2008 diumumkan secara rasmi.
  3. Tarikh tutup permohonan tajaan Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2009 adalah 7 hari selepas permohonan dibuka.
  4. Maklumat lanjut mengenai program/bidang kursus, syarat-syarat permohonan dan cara memohon boleh diperoleh dengan melayari laman web http://www.jpa.gov.my mulai tarikh iklan ini disiarkan. Calon hendaklah membaca dan memahami kesemua maklumat mengenai program/bidang kursus, syarat-syarat permohonan dan cara memohon sebelum membuat permohonan.
  5. Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor di hospital-hospital Kerajaan yang terpilih di seluruh negara akan diadakan selama 5 hari mulai 23 sehingga 27 Mac 2009. Program ini diwajibkan kepada semua calon yang memohon untuk mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di bawah tajaan JPA.
  6. Calon-calon dikehendaki menyemak maklumat terkini mengenai permohonan melalui laman web http://www.jpa.gov.my:
    1. Keputusan panggilan bagi mengikuti program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor : 18 Mac 2009
    2. Keputusan panggilan temuduga JPA : 25 Mac 2009
  7. Temuduga JPA akan dijalankan di beberapa pusat di seluruh negara mulai 31 Mac hingga 3 April 2009. Bagi calon yang terpilih untuk menghadiri temuduga diwajibkan untuk membawa Borang Pengesahan Pendapatan Bulanan Keluarga yang telah disahkan dan dokumen-dokumen lain yang ditetapkan.
  8. Pelajar-pelajar yang memohon tajaan MARA boleh menyemak maklumat terkini mengenai permohonan melalui laman web http://www.mara.gov.my :
    1. Keputusan panggilan dan maklumat temuduga MARA : 27 Mac 2009
  9. Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853550 atau 03-88853559. Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam mulai tarikh keputusan SPM 2008 diumumkan secara rasmi.
  10. Pertanyaan mengenai program tajaan JPA boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853892 (10 talian), pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat piln2009@jpa.gov.my
  11. Pertanyaan mengenai program tajaan MARA boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA di talian 03-26915111 (sambungan 1133, 1109, 1120, 3623, 3624, 3629, 3620 dan 3619) pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat webmaster@mara.gov.my.
  12. Calon-calon hendaklah sentiasa melayari laman web http://www.jpa.gov.my dan laman web http://www.mara.gov.my dari semasa ke semasa untuk mengetahui perkembangan dan pengumuman terkini mengenai permohonan PILN 2009.