Monday, March 16, 2009

Dari Parang Puting Ke Manchester


Keputusan SPM masih panas lagi, menjadi isu utama di dada akhbar. Di sebalik peningkatan yang baik,serta peratusan yang semakin meningkat, jelas menunjukkan dasar pendidikan, pelan induk pembangunan pedidikan(PIPP) semakin berjaya. Namun apa yang menarik ialah berkenaan dengan isu keputusan SPM tentulah kejayaan seorang anak nelayan dengan keputusan 20A.Seluruh Malaysia pasti mengikuti perkembangan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal.

Apa yang menarik perhatiaan umum tentulah tentang kejayaan dan kehidupan adik Nik,namun jelas disebalik kejayaan ini tercoret kisah yang begitu memberi makna erti kehidupan, kesungguhan dalam menuntut ilmu.Bagaimana Nik bersekolah dengan hanya belanja wang yang cukup untul tambang bas sahaja, keinginan tinggal di asrama yang di halang kerana ketidak mampuaan untuk menyediakan yuran RM 200 sebulan. Lebih menyedihkan adik Nik terpaksa berpuasa kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi. Kisah adik Nik sememangnya menjadi tauladan yang begitu berguna bagi adik-adik di luar sana. Bagaimana tanpa kelas tuisyen, keperluaan yang tidak mencukupi, namun beliau mengorak langkah yang begitu hebat menzahirkan dengan kejayaan yang begitu gemilang.

Namun di kesempatan ini, ingin juga menyentuh bagaimana selepas kejayaan Nik bertali arus bantuaan yang datang kepada adik Nik. Baik daripada individu (ahli perniagaan, ahli politik, tokoh koperat), mahupun agensi-agensi tertentu (Mara, Petronas, Bank Negara) dan sebagainya beratur memberi sumbagan kepadanya. Iklim ini dari satu sudut menberik gambaran yang baik namun dari satu sudut yang lain, mengapa selepas pahit maung yang dilalui oleh adik Nik baru pihak-pihak ini melihatnya? Sebenarnya lebih ada ramai lagi yang menghadapi keadaan kehidupan seperti adik Nik, dan tidak semuanya berjaya untuk survivor seperti adik NIk. Masih ramai di luar sana yang memerlukan bantuaan seperti adik Nik. Sekiranya kita melihat dengan lebih awal lagi, serta cuba menghulurkan bantuan sebagaimana pelajar 20A ini, saya yakin lebih ramai lagi insan yang berjaya seperti beliau dapat dilahirkan.

Kini segalanya berubah, bagi Nik Musliha beliau akan memasuki keperingkat yang lebih tinggi lagi. Dengan bantuaan serta tajaan, cita-citanya pastinya lebih cerah lagi. terkini beliau masih menimbangkan tawaran yang datang, mungkinkah ke Manchester?

No comments: