Friday, March 20, 2009

Diana Danielle,PLKN, dan ????


Em seminggu berlalu dengan kisah kejayaan Nik Musliha, kini masyarakat kita kembali membincangkan isu sensassi, atau kembali kepada norma kehidupan masyarakat hadhari. Saya ingin sedikit berkongsi pendapat atau pandangan mengapa apabila Diana masu PLKN, perlu diberikan liputan yang meluas, malah mahu di dokumentasikan? Siapa Diana sehingga ingin diberikan liputan begitu meluas?

Pendapat saya ialah dia (tidak layak untuk diberikan gelaran beliau), sebagai ikon kepada program PLKN. Sebagai satu wacana untuk mengambarkan ketelusan pemilihan PLKN, keberkesanan program ini kepada remaja kini.Sememangnya kita tiadak mempertikaikan PLKN ini tetapi mengapa mesti Diana? Alif? SuKi?. Persoalanya adakah mereka layak? selepas beberapa kali meminta untuk di tunda kemasukkan mereka?





Saya sebenarnya sudah jelik dengan masyarakat hari ni yang terlalu mengagungkan artis dan ahli politik. Media sentiasa memaparkan kehebatan serta gosip (atau dalam istilah sebenarnya fitnah) golongan ini. Bukalah televisyen pada hari ini, pastinya tidak lain yang memenuhi ruang siaran 24 jam dengan hiburan.

Sewajarnya pada saya kita mengambil individu yang lebih berjaya untuk di jadikan ikon kepada remaja. Masih ramai lagi remaja yang lebih berjaya daripada mereka ini, ahli sukan, remaja malaysia lain yang lebih baik akhlak dan perlakuaannya daripada golongan remaja artis ini. Individu seperti inilah yang sewajarnmya di tonjolkan, bukan di sebaliknya.

Monday, March 16, 2009

Man U di belasah di tempat sendiri?

Sehari sebelum,




Rekod perlawanan jelas memihak kepada Man U, apatah lagi bermain di Old Trafford



4-1 jelas menceritakan segalanya, ha3, to all Man u fan (especially to Faizal Bt 2), it just happen, suuuuiiiiihhh, did`t u hear something, wind of change

Dari Parang Puting Ke Manchester


Keputusan SPM masih panas lagi, menjadi isu utama di dada akhbar. Di sebalik peningkatan yang baik,serta peratusan yang semakin meningkat, jelas menunjukkan dasar pendidikan, pelan induk pembangunan pedidikan(PIPP) semakin berjaya. Namun apa yang menarik ialah berkenaan dengan isu keputusan SPM tentulah kejayaan seorang anak nelayan dengan keputusan 20A.Seluruh Malaysia pasti mengikuti perkembangan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal.

Apa yang menarik perhatiaan umum tentulah tentang kejayaan dan kehidupan adik Nik,namun jelas disebalik kejayaan ini tercoret kisah yang begitu memberi makna erti kehidupan, kesungguhan dalam menuntut ilmu.Bagaimana Nik bersekolah dengan hanya belanja wang yang cukup untul tambang bas sahaja, keinginan tinggal di asrama yang di halang kerana ketidak mampuaan untuk menyediakan yuran RM 200 sebulan. Lebih menyedihkan adik Nik terpaksa berpuasa kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi. Kisah adik Nik sememangnya menjadi tauladan yang begitu berguna bagi adik-adik di luar sana. Bagaimana tanpa kelas tuisyen, keperluaan yang tidak mencukupi, namun beliau mengorak langkah yang begitu hebat menzahirkan dengan kejayaan yang begitu gemilang.

Namun di kesempatan ini, ingin juga menyentuh bagaimana selepas kejayaan Nik bertali arus bantuaan yang datang kepada adik Nik. Baik daripada individu (ahli perniagaan, ahli politik, tokoh koperat), mahupun agensi-agensi tertentu (Mara, Petronas, Bank Negara) dan sebagainya beratur memberi sumbagan kepadanya. Iklim ini dari satu sudut menberik gambaran yang baik namun dari satu sudut yang lain, mengapa selepas pahit maung yang dilalui oleh adik Nik baru pihak-pihak ini melihatnya? Sebenarnya lebih ada ramai lagi yang menghadapi keadaan kehidupan seperti adik Nik, dan tidak semuanya berjaya untuk survivor seperti adik NIk. Masih ramai di luar sana yang memerlukan bantuaan seperti adik Nik. Sekiranya kita melihat dengan lebih awal lagi, serta cuba menghulurkan bantuan sebagaimana pelajar 20A ini, saya yakin lebih ramai lagi insan yang berjaya seperti beliau dapat dilahirkan.

Kini segalanya berubah, bagi Nik Musliha beliau akan memasuki keperingkat yang lebih tinggi lagi. Dengan bantuaan serta tajaan, cita-citanya pastinya lebih cerah lagi. terkini beliau masih menimbangkan tawaran yang datang, mungkinkah ke Manchester?

Sunday, March 8, 2009

Happy Women Day`s

Hari seluruh dunia menyambut Hari Wanita Sedunia.
Saya tidak menafikan bahawa peranan wanita sangat penting dalam kehidupan kita. Tanpa wanita yang dikenali sebagai ibu, kita tidak akan berada dimuka bumi ini.
Kecekalan dan kegigihan mereka membesarkan kita tidak ada tolok bandingnya. Sebab itu selain mendoakan mereka setiap hari, Rasulullah juga menegaskan bahawa ketaatan kepada ibu itu 3 kali ganda daripada kepada seorang ayah. Malahan syurga kita letaknya dibawah tapak kaki ibu kita.
Ramai tokoh-tokoh wanita muncul dipersada pentas dunia samada sebagai penggerak masyarakat atau pendokong yang kental.
Kita tidak lupa contohnya peranan Khadijah r.a., Aisyah r.a dll yang menjadi tunggak kepada perjuangan Rasulullah.
Kita juga tidak lupa tokoh-tokoh dunia saperti Indira Gandhi, Margaret Thatcher dan lain-lain.
Tidak lupa khususnya kepada ibu saya Ku Hazizah Ku Shaari yang begitu tinggi keyakinan kepada saya dan selalu mendoakan untuk saya. Buat kakak saya, kakak ipar yang begitu banyak memberikan sokongan dan dorongan. buat tunang yang tercinta, moga kita akan mencapai keabahagian yang berpanjangan kelak. Buat guru-guru dan teman sepejuangan yang telah banyak menabur budi dan jasa, dah akhir sekali buat anak didik perempuan sekalian selamat hari wanita. and again to all the woman, Selamat Menyambut Hari Wanita.. Happy Women's Day..

Maulidur Rasul 1430 Hijrah

Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Rasulullah SAW bersabda: "Siapa menghormati hari lahirku, tentu aku berikan syafa'at kepadanya di Hari Kiamat." Sahabat Umar bin Khattab secara bersemangat mengatakan: “Siapa yang menghormati hari lahir rasulullah sama artinya dengan menghidupkan Islam!”




(Chorus)
Ya Nabi Salamualaika
Ya Rasul Salamualaika
Ya Habib Salamualaika
Solawatullah Alaika

(Chorus)

Ya Rasul Kau Bawa Cahaya
Menyinari Alam Buana
Bumi Tandus Subur Kembali
Rasa Gembira Di Hati

(Chorus)

Lahir Mu Membawa Rahmat
Memimpin Ke Jalan Selamat
Akhlak Mu Yang Sungguh Memikat
[ Cahaya Selawat found on www.lirik.tv ]
Contoh Buat Seluruh Umat

Ya Nabi Salamualaika
Ya Rasul Salamualaika
Ya Habib Salamualaika
Solawatullah Alaika.....

Mulianya Pengorbanan Mu
Kebaikan Yang Kau Seru(2x)
Biarpun Halangan Menimpa
Namun Diri Mu Tetap Tabah(2x)

(Chorus)

Ya Muhammad Yang Berjasa
Quran Dan Sunnahlah Pusaka
Menjadi Panduan Manuasia
Untuk Hidup Aman Sentosa


Buat adik2 yang ingin menjadi doktor.....

Modal insan adalah merupakan aset negara yang paling berharga. Justeru, Kerajaan sentiasa mempergiatkan usaha-usaha yang berterusan untuk menghasilkan modal insan yang berkualiti. Penajaan biasiswa bagi para pelajar untuk melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara adalah merupakan salah satu inisiatif yang perlu diteruskan. Ini merupakan pelaburan jangka panjang yang hasilnya bakal dinikmati apabila mereka pulang berkhidmat dan seterusnya menjamin kesinambungan keupayaan negara di masa akan datang.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan melaksanakan Program Ijazah Luar Negara (PILN) bagi tahun 2009 untuk pelajar cemerlang lepasan SPM 2008 mengikuti pengajian di universiti luar negara dalam bidang-bidang kritikal (Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Sains Perubatan Veterinar), Kejuruteraan, Sains & Teknologi serta bidang Sains Sosial yang diperlukan oleh perkhidmatan awam dan negara. Jumlah keseluruhan bilangan biasiswa yang disediakan bagi tahun 2009 adalah 2,000.

Setiap tahun PILN menjadi tumpuan banyak pihak sehingga mewujudkan pergantungan harapan yang tinggi terutamanya di kalangan calon dan juga ibu bapa. Pada tahun 2008, misalnya, JPA telah menerima sebanyak 15,220 permohonan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 7,282 permohonan memenuhi syarat minimum yang ditetapkan sedangkan bilangan biasiswa yang ditawarkan adalah terhad iaitu sebanyak 2,000 sahaja.

Bidang pengajian yang menerima permohonan terbanyak ialah Perubatan, manakala, negara pengajian yang menjadi pilihan utama calon ialah United Kingdom, Australia dan New Zealand. Walau bagaimanapun, semua permohonan tidak boleh dipenuhi kerana tertakluk kepada kekangan kuota pelajar asing bagi bidang perubatan di universiti luar negara.

Berdasarkan pengalaman lalu, bilangan permohonan bagi tahun 2009 dijangka akan meningkat di kalangan calon yang cemerlang. Namun bilangan biasiswa yang terhad akan menjadikan PILN terus kompetitif. JPA, dengan ini, menasihatkan agar calon serta ibu bapa menerima hakikat ini dan berusaha untuk menimbangkan sumber-sumber alternatif penajaan yang lain.

Menyedari persaingan yang kompetitif dalam PILN 2009, usaha penambahbaikan terhadap kriteria pemilihan telah dimantapkan meliputi pencapaian akademik, penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum, sosio-ekonomi (termasuk tanggungan keluarga) dan prestasi temuduga.

Mulai tahun ini, panel temu duga dilantik daripada pegawai-pegawai Kerajaan pelbagai profesion dan kaum mengikut bidang-bidang tajaan. Misalnya, pelajar-pelajar yang memilih bidang perubatan/kesihatan akan ditemu duga oleh pegawai perubatan/pergigian/ farmasi yang terdiri daripada pelbagai kaum. Satu jawatankuasa khas akan menyelia urusan temu duga bagi memastikan pelaksanaannya telus, adil dan saksama.

Temu duga akan dijalankan secara berkumpulan mengikut bidang-bidang pengajian (misalnya perubatan/pergigian/farmasi/perubatan veterinar, kejuruteraan, sains dan teknologi dan sains sosial). Setiap satu kumpulan terdiri daripada empat orang calon dalam kelompok yang sama dan calon-calon ini akan ditemu duga dan mengadakan perbincangan mengikut topik yang diberikan oleh panel dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, calon yang memohon untuk mengikuti program perubatan adalah diwajibkan menghadiri Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor. Program ini akan dilaksanakan selama lima hari mulai 23 hingga 27 Mac 2009 di 49 buah hospital-hospital Kerajaan yang telah dikenalpasti dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia. Aspek-aspek yang didedahkan adalah seperti keadaan dan tanggungjawab seorang doktor di Jabatan Kemalangan/Kecemasan, Jabatan Pesakit Luar, Jabatan Pembedahan/ O&G/Orthopedik, pengurusan di bilik mayat, on-call dan lain-lain yang bersesuaian.

Calon-calon yang berjaya ditawarkan penajaan PILN akan mengikuti kursus persediaan di pusat-pusat pengajian yang ditetapkan oleh JPA. Calon-calon diingatkan supaya mengekalkan tahap kecemerlangan mereka kerana penajaan ke universiti-universiti di luar negara hanya akan diteruskan ke atas mereka yang mencapai had kecemerlangan (cut-off point) yang ditetapkan, rekod kehadiran kelas melebihi 90 peratus dan tiada rekod disiplin.

Calon-calon yang tidak berjaya mendapat biasiswa di bawah PILN masih berpeluang untuk mendapat tajaan JPA di IPT tempatan yang diiktiraf termasuk kampus-kampus cawangan universiti luar negara di Malaysia (University of Nottingham, Monash University, Swinburne University of Technology dan Curtin University of Technology) dan AIMST University.

Permohonan Tajaan Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2009 Bagi Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2008

  1. Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 untuk mendapatkan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi mengikuti pengajian di bawah Program Ijazah Luar Negara tahun 2009.
  2. Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi atas talian (on-line application) melalui laman web http://www.jpa.gov.my mulai tarikh keputusan SPM 2008 diumumkan secara rasmi.
  3. Tarikh tutup permohonan tajaan Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2009 adalah 7 hari selepas permohonan dibuka.
  4. Maklumat lanjut mengenai program/bidang kursus, syarat-syarat permohonan dan cara memohon boleh diperoleh dengan melayari laman web http://www.jpa.gov.my mulai tarikh iklan ini disiarkan. Calon hendaklah membaca dan memahami kesemua maklumat mengenai program/bidang kursus, syarat-syarat permohonan dan cara memohon sebelum membuat permohonan.
  5. Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor di hospital-hospital Kerajaan yang terpilih di seluruh negara akan diadakan selama 5 hari mulai 23 sehingga 27 Mac 2009. Program ini diwajibkan kepada semua calon yang memohon untuk mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di bawah tajaan JPA.
  6. Calon-calon dikehendaki menyemak maklumat terkini mengenai permohonan melalui laman web http://www.jpa.gov.my:
    1. Keputusan panggilan bagi mengikuti program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor : 18 Mac 2009
    2. Keputusan panggilan temuduga JPA : 25 Mac 2009
  7. Temuduga JPA akan dijalankan di beberapa pusat di seluruh negara mulai 31 Mac hingga 3 April 2009. Bagi calon yang terpilih untuk menghadiri temuduga diwajibkan untuk membawa Borang Pengesahan Pendapatan Bulanan Keluarga yang telah disahkan dan dokumen-dokumen lain yang ditetapkan.
  8. Pelajar-pelajar yang memohon tajaan MARA boleh menyemak maklumat terkini mengenai permohonan melalui laman web http://www.mara.gov.my :
    1. Keputusan panggilan dan maklumat temuduga MARA : 27 Mac 2009
  9. Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853550 atau 03-88853559. Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam mulai tarikh keputusan SPM 2008 diumumkan secara rasmi.
  10. Pertanyaan mengenai program tajaan JPA boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853892 (10 talian), pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat piln2009@jpa.gov.my
  11. Pertanyaan mengenai program tajaan MARA boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA di talian 03-26915111 (sambungan 1133, 1109, 1120, 3623, 3624, 3629, 3620 dan 3619) pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat webmaster@mara.gov.my.
  12. Calon-calon hendaklah sentiasa melayari laman web http://www.jpa.gov.my dan laman web http://www.mara.gov.my dari semasa ke semasa untuk mengetahui perkembangan dan pengumuman terkini mengenai permohonan PILN 2009.


Friday, February 27, 2009

'Tak kompromi kes pelajar samseng'


Kematian Muhd Hadzrin akan disiasat sehingga ke lubang cacing: Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran tidak akan berkompromi dengan gejala samseng di kalangan pelajar dan akan bekerjasama penuh dengan polis berhubung kes pembunuhan Muhd Hadzrin Mohamad.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid sudah diarah menyiasat kes ini bagi mengenal pasti pihak yang membelasah mangsa hingga maut.

"Saya sedih dan marah terhadap kejadian yang berlaku terhadap Mohd Hadzrin. Saya tidak akan berkompromi dalam isu seperti ini.

"Jawatankuasa terbabit dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) akan menyiasat perkara ini sehingga ke lubang cacing," katanya ketika dihubungi Berita Minggu di sini semalam.

Mohd Hadzrin, pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) awal pagi semalam, selepas seminggu koma akibat dibelasah sekumpulan remaja dipercayai juga pelajar sekolah.

KOMEN,

Di atas merupakan petikan akhbar berkenaan kes buli di sekolah. Ini bukanlah kejadian yang pertama berlaku, malah sebenarnya boleh dikatakan hampir setiap hari cuma tidak dilaporkan. tidak hairan jika selepas ini akhbar akan melaporkan pekara yang sama. Namun demikian bukan bilangan kejadian yang ingin di kongsikan tetapi lebih kepada punca permasalah ini berlaku.

Rata-rata pendapat, apabila di tanya wartawan cenderung menyalahkan warden, tak kurang ibu-bapa mahu pun pelajar itu sendiri. Mungkin elok untuk di perincikan satu-persatu. Melihat kepada pihak yang menyalahkan warden tidak menjalankan tugas, tidak melaporkan kepada polis.ayuh bertanya kembali, adakah kejadian buli ini berlaku ketika warden berada di asrama mahupun ketika meronda kawasan asrama? Tentunya tidak, manusia tidak akan buat salah depan polis, maka samalah dengan pelajar, pastinya waktu kejadiaan buli ini berlaku pada waktu ketiadaan warden, lewat malam, dinihari, tatkala warden sebagai manuasia biasa yang perlukan tidur mencukupi seperti ibu-bapa pelajar di rumah. Pihak ibu-bapa perlu faham dengan tugas warden, di mana peruntukan bagi retan pelajar asrama ialah nisbah 1 : 25 ( jika tidak salah). Bayangkan sebagai bapa kepada 25 orang pelajar. mampukan sebagai seorang warden memastikan ke semuanya tidur pada masa yang sama, makan dan minum serta mandi pada masa yang ditetapkan. (to ce continue)



Thursday, February 19, 2009

kerja, kerja n kerja

Em, sesekali memang seronok jadi pendidik, secara teori dan tanggungjawabnya, tugas guru sebagai pembimbing, sebagai fasilitator kepada pelajar, penunjuk jalan untuk memudahkan cara pelajar belajar.

Namun dewasa kini, tugas guru tidak lagi semudah tugas dahulu, terlalu banyak yang ingin di luahkan yang merangkumi segala aspek melalui penilaian secubit pengalaman. Mengambil contoh sebagai tugas sebagai guru kelas, aturan tugas bermula dengan buku kedatangan, perlu di pastikan setiap pelajar sampai dan ada disekolah seperti yang diharapkan oleh ibu dan bapa. Jika pelajar tidak hadir, tindakan susulan perlu dilakukan merujuk kepada guru disiplin, atau unit HEM (Hal Ehwal Pelajar).

Seterusnya apabila masuk ke dalam kelas, major utama sebagai seorang guru, tentulah mengajar. Bila mengajar sesekali rasa sebagai seorang tukang karut, atau sebagai seorang pelakon, malah juga sebagai seorang pakar motivasi mungkin. Dalam menjayakan kelas pelbagai ragam yang dijumpai mengajar erti kesabaran yang tinggi. Ragam pelajar yang tak siap latihan, tidak membawa buku teks, terlupa, tak datang sekolah, malah jika dihuraikan pelbagai seribu satu alasan yang hadir. Walaupun hanya sekumpulan kecil pelajar bertindak sedemikian , namun ia sedikit sebanyak menganggu proses pegajaran dan pembelajaran (p@p).

Melihat kepada jadual waktu persekolahan ada hari yang penuh dengan p@p , ada kalanya tidak, tugas diteruskan dengan kerja-kerja di dalam bilik guru, jika hndak disenaraikan bidang tugasnya nescaya pagi esok pun belum tentu dapat siap ditaipkan. Arrgghh, malas betul untuk difikirkan, banyak yang perlu di lakukan, belum petang lagi , denga unit ko-kurikulum, sukan permainan, dan kelab, hu3333

Tuesday, February 10, 2009

Tuesday, January 27, 2009

GONG XI FA CAI

Saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia, khususnya kepada anak-anak murid saya.
Bagi kita rakyat Malaysia yang berbilang kaum, ini merupakan perayaan tahun baru yang ketiga yang kita raikan dalam masa sebulan, bermula dengan Maal Hijrah dan Tahun Baru 2009.
Semoga kedatangan Tahun Lembu ini akan menguatkan lagi azam semua pihak untuk berusaha ke arah mengeratkan hubungan antara kaum di negara yang kita cintai ini.
http://www.metacafe.com/watch/535040/tahun_baru_cina/

Friday, January 23, 2009

up date blog

huh, sukar jugak tuk m`update blog nie yea, perlu ada displin yg tinggi tuk m`curi masa yg sememangnya tak pernah cukup. cdng asal blog ini ingin memuatkan pelbagai maklumat terkini dalam bidang pendidikan ini tp malangya masa begitu ketat mengikat, huh, sayonara,

Tuesday, January 6, 2009

AKTIVITI SEPANJANG CUTI, HU3

Em cuti memang seronok, tapi kali nine memang padat dengan aktiviti, hampir setiap minggu penuh dengan pelbagai program, check it out,
sekadar berkongsi cerita

Majlis Pertunangan kg Sg Ramai, Ayer Tawar Perak (15 nov 2008)

Majlis Perkahwinan rakan sekerja di Kg Gelok Lenggong, Perak (22 nov 2008)

Perjalanan ke Institusi Perguruan Bandar Baru (IPDA) Jitra Kedah (23 nov 2008)

Perjalanan ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tg Malim Perak (25 nov 2008)

Majlis Berkhatan Kg Tg Rambai, (27 Nov 2008)

Majlis Perkahwinan rakan di Felda Besaout 2, Sungkai, Perak (6 Dis 2008)

Program anak angkat,Rakan Muda Wawasan Desa, Kg Tg Rambai, Gerik, Perak (11-14 Dis 2008)

Perjalanan ke Uitm Merbok, Kedah (14 Dis 2008)

Majlis Perkahwinan anak angkat di Kodiang Kedah (20 Dis 2008)

Majlis pertunangan rakan sepraktikum di Simpang Taiping, Perak (21 Dis 2008)

Majlis Perkahwinan Sepupu ayah di Tapah (27 Dis 2008)

Percutian di Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang (1-4 Januari 2009)

huh, penat gak, beribu jugak duit minyak nie, ha3

2009 MENGAMIT 1001 HARAPAN

Alhamdulillah, berakhirnya tahun 2008, nyata tahun lepas telah memberikan 1001 pengalaman baru serta, meningkatkan cara hidup setapak maju ke kehadapan. Setiap kali tahun baru acap kali di perdengarkan dengan azam baru, semangat baru dan sebagainya. Kekadang sakit jugak telinga mendegar di radio tentang azam baru nie, tapi siapa suruh dengar.
Sebenarnya tanpa kita sedari kita sebenarnya kita berangan bukan berazam. Seorang perokok berazam untuk berhenti merokok tapi tanpa usaha untuk mengurangkan bilangan rokok yang dihisapnya. Seorang pelajar berangan untuk mendapat 8A dalam PMR tapi di hari pertama persekolah telah lupa buku apa yang hendak di bawa.
Sedar atau tidak kita perlu lakukan sesuatu, peningkatan umur bukan lambang semakin tua tapi semakin matang. Dalam usaha meningkatakan kejayaan diri serta cara hidup jangalah lupa pada tanggungjawab kepada agama, dan bangsa. Moga 2009 menjanjikan keamanan, nkmat kasih sayang, serta rezeki yang berpanjangan. Sebagai guru tentulah kejayaan murid yang diharapkan. SELAMAT TAHUN BARU...

Pelanggan Pertama

Soi Lek, seorang doktor muda, baru saja berhenti dari jadi doktor kerajaan di daerah terpencil di Negeri Pahat Batu. Dia baru buka klinik swasta. Senangnya hati Soi Lek menjalani hari pertamanya sebagai doktor swasta.

Pembantunya yang cantik, Sek Hin, memberitahu bahawa ada seorang lelaki ingin menemuinya.

"Wah, seronoknya aku dapat pesakit pertama..." hatinya menjerit,

Soi Lek pun meminta pembantunya mempersilakan laki-laki itu masuk. Soi Lek pun pura-pura sibuk. Dia mengangkat telefon dan pura-pura sedang online.

"Ya, ya, betul tu Datuk. Kosnya RM150 ribu. Ok, Ok, saya tunggu Datuk pukul 4 petang nanti. Jangan lupa tau Datuk, maklumlah sebagai doktor, saya ini memang amat sibuk, jarang ada masa terluang.." kata Soi Lek selamba, dia pura-pura buat temu janji dengan 'pesakitnya' seorang Datuk, melalui telefon.

Dengan megah dia meletakkan gagang telefon lalu menatap wajah lelaki yang duduk di hadapannya.

"Maaf kerana saya menyebabkan encik lama menunggu. Encik sakit apa?" tanya Soi Lek dengan gaya seorang doktor.

"Oh... Saya takde sakit, doktor.." kata lelaki itu.

"Saya pekerja dari Telekom, nak pasang line telefon di klinik doktor.."

------

MORAL: Buatlah kerja dengan ikhlas dan jangan berlagak nak menipu orang lain untuk tujuan kepentingan peribadi.

Tuesday, December 30, 2008

PALESTINE ; DIMANAKAH KITA?


Masyarakat dunia semalam meningkatkan tekanan ke atas Israel agar menghentikan serangan ke atas Jaluran Gaza, yang masuk hari ketiga dan membunuh lebih 300 orang. Desakan daripada PBB Encik Ban Ki-moon, mengulangi gesaan Malis Keselamatan agar dihentikan segera keganasan dan Israel membenarkan bantuan kemanusian ke Jaluran Gaza. Menteri Luar Britain, Encik David Miliband, menggesa diadakan gencatan segera dan dihentikan keganasan. Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim


Menegaskan, serangan udara Israel ke atas wilayah itu yang setakat ini membunuh lebih 300 penduduk Palestin jelas suatu yang tidak boleh diterima dan seharusnya diambil tindakan segera oleh dua pertubuhan tersebut. ‘‘Malaysia menyeru PBB dan OIC supaya sebulat suara menentang perbuatan Zionis ini menerusi saluran yang betul.

Ini adalah antara desakan yang dibuat seluruh dunia, menyalahkan tindakan Israel malah turut menyalahkan Hamas. Pelbagai tindakan kecaman, perhimpunan mahupun perarakan di lakukan seluruh dunia, namun sampai bilakan situasi ini akan berlaku???. Lebih malang lagi tindakan ini dilakukan kebanyakkan nya di negara-negara yang kapasiti penduduk islamnya terlalu kecil. Mengambil contoh Malaysia, perarakkan di adakan di hadapan kedutaan Amerika Syarikat, bilangan yang hadir tidak lebih malah kurang daripada 2000 orang. Persoalanya adakah kedengaran suara mereka ini oleh Uncle Sam???.

Tambah menarik lagi tindakkan Israel di sokong oleh Uncle sam apabila melalui pentadbiran Bush (semak-samun) menyalahkan Hamas. Dipetik daripada salah satu petikan berita “Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Presiden Bush menyalahkan Hamas bagi keganasan sekarang dan berkata kumpulan itu mencabul gencatan senjata dengan melepaskan tembakan roket ke wilayah Israel.” Semenangnya kita tidak asing lagi mengetahui persahabatan antara Israel dengan Amerika, Namun sampai bilakan kita perlu untuk mengharapkan Semak-samun ini?

Palestin dikeliling oleh Negara-negara Arab, Labenon, Arab Saudi, Mesir, Jordan namun tiada apa yang dapat dilakukan oleh bangsa arab ini. Tindakan mereka samalah seperti masyarakat dunia yang lain. Benar kata kata seorang penganalisis bahawa, kaum arab ini seperti lebah, sengat yang berbisa tapi dengan hanya diasapkan bertempiaran lari ketakutan, tidak mampu mengunakan sengat yang berbisa. Mengenangkan kehebatan zaman daulah islamiah di zaman pemerintahan Sallehyudin al –Ayubi, bagaimana seorang wanita islam di ganggu di jalanan, lalu dihantarnya satu batalion askar untuk memberi peringatan. Tapi masyarakat islam kini jangakan di ganggu, malah di rogal, di bunuh, namun tidak mampu untuk melakukan apa-apa. Lemahnya kita sebagai khalifah di dunia milik tuhan Yang Esa.

Monday, December 29, 2008

Salam Takziah Atas Kemangkatan DYMM Almarhum Tuanku Ja’afar

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini pada kira-kira 11.45 pagi semalam. Baginda berusia 86 tahun.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Norzam Mohd. Nor yang membuat pengumuman itu berkata, baginda dimasukkan ke HTJ selepas mengadu sakit kepala kira-kira pukul 8.10 pagi semalam.

Sebelum itu, katanya, dua pakar Perunding Kanan HTJ, Datuk Dr. Tarmizi Thayaparan dan Datuk Dr. K. Sree Raman cuba memberi rawatan di Istana Hinggap di sini.

Namun disebabkan keadaan Almarhum terlalu lemah walaupun masih sedar, mereka mengesyorkan supaya baginda dibawa ke HTJ untuk rawatan segera.


“Baginda dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pelbagai usaha telah dilakukan termasuklah memberi rawatan kecemasan sebelum mangkat pagi ini (semalam),” katanya di HTJ semalam.

Keprihatinan Almarhum dan Tuanku Najihah terhadap permasalahan rakyat memberi ruang secukupnya mendengar sambil bergaul selesa dengan rakyat biasa. Baginda memperlihatkan kecemerlangan di pelbagai bidang dan sewajarnya menjadi contoh buat semua rakyat Malaysia. Memulakan khidmat di sektor awam sebagai Pegawai Daerah Rembau, kemudiannya sebagai diplomat, sebelum ditabalkan sebagai Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada tahun 1968, Almarhum Tuanku Ja’afar sememangnya tidak dapat berpisah dengan kehidupan berbakti kepada nusa dan bangsa.

Al-Fatihah.


Wednesday, December 24, 2008

PPSMI DAN BAHASA MELAYU

"Kami bersedia untuk mengambil tindakan tegas termasuk membawa perkara ini ke mahkamah,". Menarik dan menakutkan, ini munkin satu tindakkan yang berani dilakukan oleh Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA). Mereka begitu beremosi untuk mengambil tindakan terhadap perlaksanaan PPSMI oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sebagai seorang guru saya terpanggil juga untuk membincangkan isu PPSMI ini. Apatah lagi selepas perlaksanaanya selepas hampir enam tahun. Beberapa persoalan timbul kenapa selepas enam tahun baru hendak dihujahkan perlaksanaan ini? Mengapa tidak di awal perlaksanaan PPSMI di tentang, di bawa ke mahkamah di awalnya?Apakah selepas enam tahun baru berjumpa bahawa perlaksanaanya melanggar perlembagaan negara?

Saya suka melihat pekara pokok atau objektif dalam penyelesaian sesuatu masalah. Perlaksanaa PPSMI secara dasarnya adalah untuk mengembangkan lagi pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam bidang sains dan matematik. Perkembangan ini harus selari dengan kemajuan dunia sejagat di mana medium atau wacana pembelajaran itu adalah tentunya melalui perantaraan bahasa yang mudah difahami dan di standarkan di seluruh dunia, dan tentunya jawapan mudah adalah melalui perantaraanya bahasa inggeris. Melihat kepada objektif itu tiada langsung unsur untuk mengabaikan bahasa melayu, yang mana di lihat sebagai isu yang begitu sensitif bagi orang melayu.

Dalam pembelajaran sains dan matematik kita sebenarnya terdesak untuk mengajar dengan lebih mendalam kerana ketandusan istilah yang tepat untuk menterjemahkan perkataan atau rangkap kata ke dalam bahasa melayu. Mengambil contoh dalam matapelajaran matematik tambahan, topik Pengambiran / Integration. Dari segi istilah sendiri telah mengelirukan pelajar, di mana terjemahan bagi perkataan integration sebenarnya ialah penggabungan atau pembulatan. Ini baru dilihat dari segi subjek matematik belum lagi istilah sains yang lebih sofistikated dan kita sebenarnya ketandusan istilah dan perkataan untuk di terjemahkan. Dan siapakah perlu di persalahkan? adakah tugas menterjemahakan bahasa ini perlu di letak kepada pihak KPM juga. Tidakah di sini peranan Dewan Bahasa Dan Pustaka di perlukan? Atau GAPENA yang begitu lantang memperjuangkan bahasa kononya, perlu memainkan peranan. Mereka patut lebih bekerja mengerakkan penterjemahan bahasa. Lihat saja apa terjadi terhadap penterjemahan bahasa teknologi maklumat di melayukan keyboard di maksudkan papan kekunci. Papan apa yang hendak di kuncikan ? Tidakah kita rasa pelik?

Timbul juga isu bahawa wujud kesukaran bagi guru untuk mengajar di dalam bahasa inggeris. Melalui kajian NUTP (rujuk Laman Web: http://www.nutp.org). Benar memang sukar tapi sampai bila kesukaran itu akan hadir? Tidak langkah permulaan itu sebagai langkah mengatasinya. Ada wajar jika ianya sukar dan dihentikan terus sebagai langkah penyelesaiannya.Tidakkah kita sepatutnya mencari jalan penyelesaianya, jangan lah di marahkan nyamuk kelambu hendak dibakarkan. Bagi guru guru yang mengajar subjek ini telah diberikan elaun 5% bagi guru siswazah dan 10 % bagi guru lepasan diploma malah kemudahan laptop dan abm. Sepatutnya elaun yang diberikan di gunakan bagi meningkatkan lagi penguasaan dalam bahasa inggeris.


Seharusnya selepas enam tahun perlaksanaanya, PPSMI perlu menjalani proses penambah baikan bukannya hentaman daripada pelabagai pihak yang melihat dari satu sudut sahaja. Sesungguhnya dalam menghadapi dunia globalisasi, kita perlu lebih bersedia dan memantapkan diri dalam pelabagai bidang ilmu, bahasa dan pengetahuan.

Siapa Berani???

Suatu hari di negara Tarqut seorang polis berpakaian preman mendekati 4 orang pemuda yang datang di sebuah restoran untuk meminta wang secara paksa.

Polis itu cuba menggertak mereka, "Siapa yang berani?"

Salah seorang pemuda pun berdiri lalu berkata "Aku berani...!"

Tergugat dengan jawapan selamba pemuda itu, polis bertanya lagi "Ayuh! Siapa lagi yang berani?"

Seorang lagi pemuda bangun dan berkata "Aku juga berani..!"

Polis itu mula terasa gementar lalu cuba menggertak lagi "Siapa lagi?"

Dua orang pemuda pula bingkas bangun dan berteriak "Kami berani...!"

Polis berpakaian preman itu kecut perut lalu berkata "Kalau begitu, kita adalah 5 pemuda yang berani...!"

MORAL: Pepatah Inggeris menyebut 'If you can't fight them, join them....' tapi ia bukan sesuai untuk semua keadaan. Jangan sertai kumpulan jahat semata-mata kerana anda takut pada mereka.

Tuesday, December 23, 2008

BERSAMA ANAK BUAH-BUAHAN


Em this picture, are being taken a few month ago before the school holiday started. This my first class that i really love and hope i can see them grow up and find there own achievement in front of my own.